Sunday, November 22, 2009

Akhlak Dan Displin Di Dalam Harakah Islamiah (PAS)

Muqaddimah
Kemantapan sebuah Harakah Islamiyah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau perinsip perjuangannya dan keteguhan pegangannya ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan displin

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjama’ah, oleh itu di bawah ini dikemukakan bebrapa perkara yang menjadi sifat – sifat yang mesti dipunyai oleh perjuang pejuang islam untuk dijadikan perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.


Akhlak Berjama’ah

Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat pertolongan daripadaNYa, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat – sifat berikut :

1. Ikhlas

Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaanNya dengan menegakkan agamaNYa sehingga didaulatkan.
Firman Allah SWT : “Dan tidaklah diperentah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus”.(alBayyinah,98:5)

Apabila mengikhlaskan niat kerana Allah semata – mata maka mestilah membersihkan hati dari sifat – sifat yang merosakkan niat seperti riya; ujub dan sum’ah.

2.Istiqamah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya: “Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang – orang yang tidak tahu,” (Yunus,10:89)

Para rasul dan sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah . Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya sia – sia.
Rasullah bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan”.

3. Taat

Ketaatan lahir daripada sikap percaya menpercayai di antara pemimpin dan pengikutnya, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan menyatakan pengorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengikut – pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah SWT: “Hai orang – orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin dikalangan kamu)”.(al-Nisa,4:59)

Rasullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul ‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah.

Di dalam Bai’ah itu Rasullah bersabda: Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”

3.1 Ketaatan Yang Di Tuntut

a.Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam – kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jama’ah atau parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jama’ah dalam parti`.

b. Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik dikalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jama’ah dan melaksanakan amal jama’ie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing – masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

c. Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai – bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

4. Wala’

Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh.

Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala’ dan displin dalam jama’ah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah.

4.1. Wala’ dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS)
Dalam aspek ini perlu dibahagiakan wala’ itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.

a.Wala’ terhadap perjuangan :
Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan RasulNya. Wala’ dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenarnya melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepad rasul yang wajib dengan sifat- sifat kerasulannya.Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada Allah dan rasul secara mutlak kepada al Quran dan Harakah Islamiah , dan dalam konteks kita di Malaysia ini ialah Parti Islam SeMalaysia (PAS).

b.Wala’ kepada Jama’ah :
Menurut rukum dan hukum haram berjama’ah haram kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jama’ah tiba tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samada yang jelas menetang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjama’ah dan merosakkan perpaduan jama’ah, strategi dan jenteranya. Adapun wala’ kepada jama’ah itu bergantung kepada wala’ jama’ah terhadap aqidah perjuangan yang sebenarnya dan menjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannya daripada menyeleweng.

c.Wala’ kepada pemimpin :
Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripda tonggak yang penting kepada jentera dan perjalanan jama’ah. Oleh yang demikian wala’ kepada pemimpin dalam pengertian kasih dan taat mestilah diberi di semua peringkat pemimpin. Ia juga bergantung kepada prinsip perjuangan parti atau jama’ah.

5. Displin

Firman Allah SWT : “Wahai orang – orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”.(AL-Imran,3:200)

Perkara yang ditakrifkan dengan displin ialah sebagai mana berikut:

1. Tatatertib dan kelakuan
2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang berkelakuan baik
3. Kepatuhan kepada peraturan - peraturan yang ditetapkan
4. Hukum atau denda kerana melanggar peraturan.

5. Harakah Islamiah (PAS) telah menetapkan perkara – perkara ini secara menetapkannya di dalam perlembagaan parti secara tegas. Di antaranya ialah menetapkan perkara yang dinamakan tatatertib:

a.Taat kepada hukum – hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jama’ah.
b.Patuh kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya
c.Taat kepada arahan dan perintah jama’ah.
d.Melaksanakan kewajipan – kewajipan yang ditugaskan oleh jama’ah sedaya upaya yang boleh

e.Menjaga dengan cermat segala rahsia jama’ah.
f.Beramal dengan akhlak Islam

g.Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menjalahi atau merugikan jama’ah.

Penutup

Akhlak dan displin penting bagi setiap kebajikan jama’ah. Setiap ahli mestilah berdisplin dan melengkapakan diri dengan akhlak Islam bagi meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan individu ahlinya menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan jentera dalaman yang baik bagi metadbir segala kegiatannya.

No comments:

Post a Comment