Friday, November 6, 2009

Malang sekali Prof Aziz Bari Tak Tahu Tentang Sejarah Kepimpinan PAS

Oleh ahmadhadeed

"Saya baru saja mendengar video interview Prof Aziz Bari yang begitu bersemangat cuba menjatuhkan imej President PAS dan ketawa kecil saya apabila melihat Aziz Bari terkial kial untuk bercakap tentang isu dalaman PAS dalam keadaan tidak mengetahui sejarah kepimpinan PAS.

Mungkin semasa Yusof Rawa menjadi President PAS pun beliau tidak mengetahui kepada dan ekor apa yang berlaku di Multamar PAS Dewan Bahasa dan Pustaka KL. Keseronokan Prof Aziz menghina President PAS sekarang sudah di peringkat GABAN kerana fakta beliau sudah bercelaru antara hearsay dan analisis akademik.

Semua orang boleh mengkritik pemimpin sebarang parti , organasasi atau intutusi tetapi apa yang penting ialah faktanya mesti lah betul dan tepat dan analisis nya mestilah logika dan boleh di sokong dengan hujah yang kemas. Bagi Prof Aziz beliau banyak membuat rumusan tentang keberkesanan kepimpinan President berlandaskan pendengaran dari hanya kelompok kecil yang tidak mewakili realiti sebenar perkara yang berlaku dalam PAS dan ia bertambah buruk apabila kejahilan beliau di perkuatkan dengan emosi dan kata sinis beliau yang terlalu tidak setuju dengan President PAS. Pokok nya semua boleh setuju dan tidak bersetuju tetapi semua itu mesti berlandas dengan anaisis yang tepat dan adil.

Saya ingin membetulkan beberapa andaian salah yang telah begitu bersemangat di bincang oleh Prof Aziz ini. Yang pertamanya ialah andaian bahawa President PAS lemah pertadbirannya yang menyebabkan Setia usaha politiknya Dr Syed Azman meletak jawatan. Ini salah. Dr Syed Azman tidak meletak jawatan dan kalau Prof Aziz tanya Dr Syed Azman pun , beliau tidak akan dapat menunjukkan surat permohonan letak jawatan kerana perkara itu tidak berlaku. President PAS bebas memilih setia usaha politiknya sendiri apabila setiausaha politik nya gagal melaksana tugas politik ketuanya. President PAS menggantikan setiausaha politik nya mengikut amalan biasa dan Presiedent PAS dan Dr Syed Azman masih menjalinkan hubungan yang baik sebagai amir dan pengikut.Dalam hal ini Prof Aziz cuba menjatuhkan imej President PAS dengan memberi fakta salah dan cuba meletakkan Dr Syed Azman sebagai orang yang di zalimi dan ini adalah kenakalan Prof Aziz.

Perkara kedua ialah Prof Aziz Bari menghina President PAS sekarang apabila ditanya berkaitan perbandingan Yusof Rawa dengan TGHA. Beliau mengatakan ' it is an insult to Yusof Rawa ' untuk membandingkan TGHA dengan Yusof Rawa. Perlu di ingat bahawa Datuk Yusof Rawa dilantik menjadi president PAS semasa itu adalah akibat dari arus reformasi PAS untuk menukar kepimpinan Dato Asri yang dianggap tidak memenuhi ciri amir Jemaah Islam yang ahli PAS ingikan. Zaman 80an adalah zaman kebangkitan Islam dengan dakwah dan revolusi Islam di Iran dan seluruh dunia. Arus ini lah yang mendesak Asri meninggalkan jawatannya dengan secara terhormat. Yang memimpin gerakan reformasi ini tidak lain tidak bukan ialah TGHA yang tanpa penat lelah berdaawah dan berpolitik siang dan malam seolah tiada kampung yang tidak di beri ceramah oleh TGHA. Semasa ini TGNA masih tidak popular kerana beliau masih di anggap orang bersama zaman Asri. Mustafa Ali dan Pok Nik Man ( Allah yarham) adalah wira wira semasa itu yang memimpin pemuda PAS dengan reformasi baru itu.Datuk yusof rawa yang baru bersara dari menjadi duta Malaysia di Iran telah dilantik sabagai program transisi antara baru dan lama dan TGHA dilihat masih terlalu muda untuk menjadi President. Oleh itu usaha Prof Aziz untuk menghina President PAS adalah satu kelemahan beliau menkaji sejarah kepimpinan pas dan ini adalah jenayah bagi orang akademik saperti nya jika mahu menjadi jaguh analisa politik PAS.

Perkara ketiga ialah berkaitan tuduhan beliau bahawa President PAS lemah kerana beliau terkial kial untuk menang Parlimen Marang. Saya rasa Prof ini lagi jahil tentang politik Marang. Marang terdiri dari DUN dan dun yang berbeza mempunya kekuatan dan kelemahan berbeza. Walaupun DUN TGHA iaitu N19 Ru Rendang , DUN yang sentiasa di menangi oleh President PAS berturut turut tanpa henti, ada DUN di daerah Marang yang lemah saperti Pengkalan Berangan yang tidak menang walau pun berbagai strategi di guna. Marang adalah Parlimen ketua PAS dan sudah tentu di kawasan ini segala kelengkapan UMNO di curah untuk memastikan President PAS jatuh maruahnya namun malang sekali Prof Aziz turut sama memainkan peranan ini sebagai mata lembing untuk menjatuhkan maruah seorang ketua Jemaah islam terbesar di Asia ia itu PAS.

Mengikut observation saya Prof Aziz tidak berseorang dalam menghentam President PAS. Beliau hanya jurucakap kepada mereka yang sangat benci kepada President PAS yang menganggap President PAS ini sebagai sebatang kayu besar yang menggangu rancangan mereka untuk memperalatkan PAS untuk mencapai objectif parasitic gerakan , kelompok dan Parti . Hanya Prof Azis lebih mengetahui kerana beliau ramai kawan di kalangan PKR DAP ERDOGAN JIM dan UMNO.

No comments:

Post a Comment