Wednesday, November 18, 2009

Teh punya cerita

Mengimbau kenangan
dulu seiringan
kini berasingan
Jangan Dato' Seri
Jangan
MSO sinis dengan gambar diatas (pada mulanya)
"Macam mana kalau duduk dengan Najib bertemankan Nazri Aziz itu, bukan Anwar tetapi Abdul Hadi Awang atau Nasharuddin Mat Isa? Apakah persepsi anda secara jujurnya? Tentu kini sudah menjadi riuh rendah. Sudah ada orang yang tidak kena duduk dan gelisah memanjang, macam cacing kepanasan"

Seterusnya dalam bahagian 2 perenggang akhir, MSO menekankan "Mereka yang tidak mahu melihat Najib dan Anwar bekerjasama adalah musuh negara!."

Semacam ada percanggahan disini kan!

Namun satu perkara disini harus diingat. Anwar pernah dituduh sebagai Pengkhianat Negara, Ajen Yahudi, Peliwat dan macam-macam lagi.
Tuduhan tuduhan itu disokong dan diaminkan oleh sebahagian besar ahli BN.
Tak kan Najib mahu duduk semeja dan minum teh dengan orang yang semacam itu.
Dengan Altantuya tak mahu mengaku pulak.

Tapi itulah. Persepsi dan penerimaan masyarakat berlainan dalam kes ini. Cara media memainkan isu ini sangat berlainan.

No comments:

Post a Comment