"Gaya kritikan Prof Abdul Aziz Bari terhadap President PAS telah bertukar dari rampage (langgar hentam)kepada serangan personal.Terbaru Prof Aziz memberi nickname baru kepada President PAS iaitu " Pah Lah versi PAS'.
Mengapa kah gaya' intellectual'discouse professor ini telah bertukar sebegitu buruk sehingga menyangkutkan nama orang yang dihormati saperti President PAS dengan orang sudah berlalu iaitu Pak La. Adakah nama Pak Lah telah digunakan dengan berniat jahat untuk di sangkutkan kepada nama baik Presiden PAS supaya ianya menjadi batu pemberat untuk menenggelamkan President PAS dalam arena politik.
Inilah laporan nya "Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga boleh diumpamakan beliau "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini."
Susah bagi kita untuk menganalisa apakah motif Prof ini dalam siri siri pandangan nya akhir akhir ini. Prof Aziz Baru mendapat perhatian ahli PAS bila beliau mengulas krisis Sultan lawan UMNO dengan menghentam UMNO tetapi malang populariti cepat itu telah di exploit oleh nya untuk memecah belah PAS melalui medan yang sama.
Prof sentiasa mengenakan jaket keselamatan penkritik bebas apabila menghentam President PAS secara bersiri dan ketiadaan mereka yang menyangahnya telah di anggap satu kelemahan di pihak mereka yang menjadi mangsanya.Mangsa Prof Aziz tidaklah lemah untuk menjawab tuduhannya tetapi sebagai pemimpin ada perkara yang perlu di jawab dan ada yang tidak perlu dijawab.
Menjadi anak emas TGNA adalah peluang yang di idamkan oleh Prof Aziz dan mengutuk President PAS di pentas PAS di hadapan perwakilan seluruh negara mungkin di anggap oleh Prof yang politically sadist ini sebagai kemuncak intellectualism nya. Saya rasa anggapan nya akan meleset pada Sabtu ini. Saya yakin Prof sadist ini akan di counter argued atau di sanggah dengan cara intellectual oleh cerdik pandai PAS yang masih berpegang teguh di belakan President PAS sebagai amir gerakan Islam terbesar di Asia
No comments:
Post a Comment