Monday, April 19, 2010

2 calon Bebas tarik diri, saingan BN-Pakatan

Malaysian Insider

HULU SELANGOR, 19 April — Persaingan merebut kerusi Parlimen Hulu Selangor kini membabitkan pertaruhan satu lawan satu selepas kedua-dua calon Bebas menarik diri daripada pertandingan hari ini.

Kedua-dua calon Bebas memutuskan untuk menarik diri daripada bertanding selang lapan jam.

Apa yang menarik calon Bebas Johan Mat Diah memutuskan untuk tidak bertanding kira-kira tiga jam selepas melancarkan bilik gerakannya.

Johan mengemukakan borang tarik diri kira-kira 9.30 malam tadi.

Perkara itu turut disahkan oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.

“Saya kami terima borang tarik diri daripada Johan dan kini hanya tinggal dua orang yang akan bertanding,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Pukul 12 tengah malam in merupakan tempoh terakhir bagi mana-mana calon untuk menarik diri.

Dengan itu saingan akan membabitkan calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim dan calon BN P. Kamalanathan.

Chandran menyerahkan borang tarik diri pada pukul 1.50 petang tadi.

Dalam pada itu maklumat daripada unit media BN memetik Ketua Penerangannya Datuk Ahmad Maslan berkata calon Bebas Johan sudah tarik diri.


No comments:

Post a Comment