"Alhamdulliah .....Aktiviti Pentas Pemuda-Siapa Pengkhianat Negara berlangsung dengan jayanya
sebentar tadi walaupun sepanjang aktiviti berlangsung 'pentas' kami sentiasa dibayangi oleh segerombolan Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Balai Bukit Sentosa.
Seawal jam 8.00 malam lagi para petugas dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor dengan dibantu oleh PAS Zon Bukit Beruntung dan Angkatan Muda Keadilan Cabang Hulu Selangor telah bertungkus-lumus membuat persiapan akhir sambil ditemani oleh beberapa orang SB yang memerhatikan dari jauh.
Kali ini agak kelakar namun penuh klasik apabila pentas yang disediakan adalah berupa sebuah lori 1 tan. Selain 3 buah kerusi, turut dimuatkan diatas lori tersebut adalah sebuah rostrum yang sangat mudah.
Ceramah bermula seawal jam 9.15 malam apabila Sdr Sany Hamzan selaku Pengerusi majlis yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyampaikan ucapan alu-aluan yang penuh sinis dan mendalam. Diikuti ceramah oleh penceramah pertama Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Antara isi kandungan ceramah beliau banyak tertumpu kepada kejayaan-kejayaan negeri-negeri dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat terutama di Kedah dan Pulau Pinang. Beberapa petikan ayat-ayat Al-Quran serta hadis-hadis juga pastinya turut dirakamkan didalam ceramah beliau.
Ketika inilah pihak Polis diketuai oleh Ketua Polis Balai Bukit Sentosa telah mula cuba mengepung pentas ceramah. Dengan memberikan hanya 20 minit lagi, pihak polis memberikan amaran akan menyerbu pentas sekiranya ianya tidak ditamatkan.
Alhamdulillah, hasil perbincangan antara pihak pemuda PAS dan AMK, pihak Polis bersetuju memberikan sedikit lagi masa bagi kami meneruskan ceramah
Ceramah yang disampaikan oleh Ketua AMK Pusat, Sdr Shamsul Iskandar seperti biasa sangat mencuit hati dan padat berisi sindiran dan peringatan. Ketika ini suasana agak lebih panas apabila pihak polis semakin ramai disekeliling kawasan ceramah termasuk SB-SB yang berpakaian biasa. Seolah-olah serbuan akan dibuat bla-bila masa. Pihak Unit Amal dan Skuad AMK telah mula memenuhi sekeliling 'pentas' ceramah.
YB Anthony Loke memulakan ceramahnya dengan sedikit gurauan yang penuh bermakna apabila beliau berkata walaupun PR memerintah Selangor dan berceramah di Bukit Beruntung, tetapi dia tak menyangka pada malam ini dia akan berceramah dari atas sebiji lori! Itulah antara bukti betapa PR tidak langsung mahu menyalahgunakan harta benda kerajaan dan pandai membezakan yang mana satu hak parti dan mana satu hak rakyat/kerajaan.
Kehadiran YB Yaakob Sapari pula benar-benar diluar jangkaan dan menambah lagi kehangatan dan lebih pelik apabila beliau turut sama duduk diatas lori iaitu 'pentas' utama.
Didalam ceramah YB Anthony, sempat beliau menyindir UMNO apabila UMNO beria-ria menuduh DAP anti Melayu,anti Islam sedangkan dalam masa yang sama UMNO sendiri terbukti Pro-Israel! Malangnya ceramah beliau hanya sempat berlangsung sekitar 45 minit apabila pihak Polis telah bertindak menutup suis bekalan elektrik daripada gerai makan berhampiran.
Diluar jangkaan penganjur, orang ramai yang hampir 500 orang yang sedari duduk telah bertindak berdiri dan memenuhi ruang berhampiran 'pentas lori' tersebut untuk mendengar lebih jelas apabila tanpa mempedulikan mikrofon yang telah tidak berfungsi, YB Anthony meneruskan ucapan dengan lebih bersemangat!
Ceramah malam tadi diakhiri dengan laungan Takbir dan Reformasi daripada semua pimpinan dan rakyat yang hadir. Pimpinan sempat mengambil gambar kenangan diatas lori tersebut.
Semoga gelombang di Bukit Beruntung ini akan terus tali-menali, rangkai-berangkai ke seluruh pelusuk Hulu Selangor sehinggalah dimalam pengumuman kemenangan Calon PR pada malam 25 April ini nanti, InsyaAllah. Allahuakbar!
No comments:
Post a Comment