Monday, April 12, 2010

Hulu Selangor: PAS lancar Jentera Pilihanraya

(Gambar: Timbalan Presiden PAS menyampaikan amanat)


KUALA LUMPUR, 12 Apr - Pas dalam persiapan menghadapi pilihan raya kecil P.094 Hulu Selangor ini telah mendahului dengan 'Majlis pelancaran dan taklimat jentera pilihan raya' oleh Pengarahnya, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Sabtu lalu.

Bertempat di Dewan Orang Ramai Batang Kali, kira-kira 350 ahli jawatankuasa Jentera Pilihanraya PAS Kawasan JPrK seluruh Selangor telah berkumpul bagi mendengar sesi taklimat tersebut.

Dalam majlis tersebut, Ustaz Nasaruddin menyeru petugas-petugas agar berganding bahu bersama-sama PKR dan DAP juga KPP bagi memastikan kemenangan calon yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya itu nanti.

Tambah Timbalan Presiden PAS itu lagi, ruang dan peluang untuk PR mendapat kerusi tersebut cerah memandangkan pihak lawan (BN) dan komponennya kini dilihat mempunyai pelbagai masalah kebelakangan ini.

Turut sama dalam memberi taklimat dalam sesi tersebut, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor JPrNS, Mohd Radzi. Beliau memberikan taklimat kepada semua petugas berkenaan potensi dan kelemahan dalam menghadapi pilihan raya itu nanti.

No comments:

Post a Comment