"Saya melihat petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Rakyat bawahan.
"Pengalaman beliau (Zaid) menjadi menteri, mengurus sebuah syarikat guaman terbesar di Malaysia, akan membantu memenangkan beliau, membantu Pakatan Rakyat di Parlimen dan memperkukuh Pakatan Rakyat mendepani politik mendatang," katanya yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi PKR itu.
Mengulas pertandingan empat penjuru pula, Nasharuddin berkata, Zaid dilihat paling menonjol kebolehannya manakala penyertaan dua calon bebas tidak sedikitpun menggugat kedudukan Zaid sebagai calon terbaik pilihan rakyat Hulu Selangor.
"Saya tidak melihat ada sebarang kekuatan pada calon bebas kerana rakyat tahu mereka ini tidak punya sebarang dokongan dan asas untuk membantu rakyat dan membela nasib mereka," katanya lagi.
Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datuk Zaid Ibrahim, P.Kamalanathan (BN), dan dua calon Bebas, VS Chandran dan Johan Mohd Diah
No comments:
Post a Comment