Tuesday, April 13, 2010

P94: Hulu Selangor Zaid Lawan Palanivel

Pilihanraya kecil P94, Parlimen Hulu Selangor Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dan Datuk G.Palanivel dari MIC bakal bertanding di Parlimen Hulu Selangor. Sumber pakatan rakyat Zaid Ibrahim bertanding kerusi P94. MIC dari BN tetap mencalunkan Palanivel orang nombor dua dalam MIC.

Pengundi Melayu 53.9%, China 26.7%, India 19%. Jumlah pengundi Hulu Selangor 63,593 orang. Tahun 2008 PKR mendapat undi 23,177 undi dan MIC/BN 22,979 undi. PKR menang dengan majoriti 198 undi. Pilihanraya kecil P94 Hulu Selangor bakal menentukan halatuju BN dan Pakatan Rakyat. MIC/BN mahu menang walaupun majoroiti satu undi.

PKR/Pakatan Rakyat dari perkiraan politik semasa dan latar belakang kwasan P94 Hulu Selangor bukan milik PKR/PR yang selesa dan selamat.

P94 adalah kawasan yang selamat untuk BN. Undi penentu adalah dari dua bangsa/kaum. China dan India adalah kaum yang penentu kemenangan PKR dalam pilihanraya kecil P94 Hulu Selangor. Kaum Melayu tidak banyak berubah angin, tetap setia pada BN/UMNO.

Isu nasional dan isu kenegerian tidak memberi impak kepada pengundi P94 terutama pengundi kaum Melayu. Kaum Melayu tetap teguh kepada UMNO/BN. P94 Hulu Selangor rata-rata kaum Melayu berada dalam kelompok kemiskinan dalam sosial kampong. Kemiskinan kaum Melayu adalah senjata UMNO, ituadalah agenda BN/UMNO tujuan untuk meraih sokongan setiap pilihanraya.

Ditakdirkan Zahid Ibrahim (PKR) melawan calun dari MIC, satu pilihanraya yang cukup meriah. BN/UMNO menjadi kuda dan keldai untuk memastikan calin dari MIC menang. Puluhan juta peruntukan dan puluhan juta projek bakal dilaksanakan oleh BN/UMNO.

P94 Hulu Selangor adalah satu ujian yang terakhir bagi UMNO menentukan sokongan kaum Melayu, kaum China, Kaum India terhadap kerajaan BN dan UMNO.

Dari segi politik dan kekutan PKR/PR dalam kawasan P94 Hulu Selangor Zahid Ibrahim dari PKR/PR sedikit sukar untuk menang. Diatas kertas dan dikira secara rawat PKR/PR kalah dalam pilihanraya kecil P94, Parlimen elangor memiHulu Selangor dengan satu angka majoriti melebehi 1000-3000 undi. P94 Hulu Selangor milik BN/UMNO.

No comments:

Post a Comment