KOTA BHARU, 14 April - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyambut baik sebarang calon yang ditentukan oleh Pakatan Rakyat yang bakal bertanding di Parlimen Hulu Selangor pada 25 April nanti.
Setiausaha Politiknya, Wan Nik Wan Yussof, ketika dihubungi memberitahu, atas semangat setia kawan dan prinsip dalam Pakatan Rakyat, Tuan Guru yang ketika ini menunaikan umrah menerima sesiapa sahaja calon yang bakal bertanding.
Katanya lagi, setiap calon yang dipilih tentunya telah dinilai dari pelbagai sudut dan bakal berjuang untuk rakyat.
“Apa lagi kerusi berkenaan (Hulu Selangor) adalah milik Parti Keadilan Rakyat dan kita tetap akan menyokongnya,” ujarnya lagi.
Ketika diminta mengulas perkembangan Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS sewaktu di sana, beliau memberitahu Menteri Besar itu berada dalam keadaan yang sihat.
“Kalau dinilai dari segi suaranya, cara percakapannya yang ceria, membuktikan beliau sihat sepanjang berada di sana.
“Sewaktu itu beliau berada di Madinah,” ujarnya lagi ketika menghubungi Tuan Guru kelmarin.
Sambung Wan Nik, sebagai seorang Menteri Besar, beliau turut bertanyakan tentang perkembangan kerajaan sepanjang peninggalannya termasuk rakyat seluruhnya.
Selain itu juga beliau turut bertanyakan tentang perkembangan politik semasa sama ada di Kelantan atau peringkat negara.
Pada 5 April lalu, Tuan Guru dan isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak berlepas ke tanah suci untuk menunaikan umrah.
Menurut Wan Nik lagi, mengikut jadual asal Tuan Guru dijangka pulang ke tanah suci pada sebelah petang.
Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim malam tadi diisytiharkan sebagai calon PKR yang mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah, Hulu Selangor.

No comments:
Post a Comment