Sunday, October 4, 2009

Alahai kesian Azeez…………..

Semalam bagi yang sempat menonton berita di TV, kelihatan ahli MT UMNO Azeez Abdul Rahim sihat dan “relax” sahaja setelah dikatakan kononnya “ditumbuk” oleh penyokong PAS. Beliau dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Ismail Sabri dikatakan telah dikerumuni penyokong PAS dan kemudian dakwa mereka Azeez ditumbuk berkali-kali oleh penyokong PAS itu.

Azeez ini tubuh badannya bukan macam Nik Aziz (kebetulan nama hampir sama), siapa yang tak kenal beliau. Tegap, sasa dan berisi. Kalau setakat ditunjal dan ditolak, belum tentu boleh ditundukkan.


Saya membawa kisah ini kerana terperanjat apabila melihat laporan terkini NST online (siapdengan gambar seperti di atas) yang memetik BERNAMA menyatakan bahawa Azeez dikejarkan ke hospital apabila kononnya tiba-tiba terasa mahu pitam berpuluh jam setelah kejadian. NST melaporkan Azeez sebagai berkata:

"After the Maghrib prayer, I felt like fainting, I threw up and passed out. I was in pain and my blood pressure shot up to 65/95. It was never that high before," he told reporters at the hospital today.

Anehnya xray yang dilakukan di hospital sebagaimana dilaporkan tidak menunjukkan sebarang kecederaan ke atas leher Azeez.

Bagi saya secara peribadi jika benar dan terbukti mana-mana penyokong PAS bertindak menumbuk dan mencederakan Azeez sebagaimana di dakwa, maka mereka itu perlu bertanggungjawab di atas tindakan mereka.(Malangnya tiada penyokong Umno yang bertanggungjawab di atas kematian Allahyarham Othman Talib di Lubuk Merbau puluhan tahun lalu dalam satu PRK antara PAS dan Umno. Othman telah dibelasah oleh penyokong Umno kerana mempertahankan poster PAS sehingga akhirnya meninggal dunia di hospital)

Biarlah mahkamah yang menentukan nanti jika ada kes.

Oleh Roslan SMS

No comments:

Post a Comment