Saturday, October 3, 2009

BAGAN PINANG - BALASAN ORANG BELOT, SILAP PILIH PENCADANG

Oleh: WFAUZDIN NS
ALKISAH, maka tanpa berfikir panjang dengan rasa ego dan tamak serta tidak memikirkan prinsip perjuangan, Shahruddin Abdul Hamid pun dengan bangganya mengistiharkan keluar dari PKR semata-mata untuk bertanding sebagai calon Bebas di dalam PRK Dun Bagan Pinang, Port Dickson. Meskipun telah dinasihatkan agar tidak berbuat demikian oleh pemimpin-pemimpin PR khususnya dari PKR, namun merasa dirinya hebat walaupun hanya berjawatan AJK dalam PKR kawasan sahaja beliau tidak peduli segala nasihat yang diberi.

Bahkan, beliau dengan bangganya memberitahu beliau punyai ramai penyokong yang setia bersamanya. Hari ini, padan dengan muka pengkhianat parti ini kerana ketamakannya, beliau umpama `yang dikejar tak dapat, yang dikendung keciciran'. Yang dikejar jawatan Adun, yang dikejar tak dapat, hilang pula keahlian dalam PKR. Mungkin yang sanggup terima spesis orang seperti beliau ini adalah Umno sahaja atau `parti katak' Ibrahim Ali. Shahruddin mengaku beliau punyai ramai penyokong setia, tetapi amat memalukan bila hendak mencari seorang pencadang pun tak mampu. Pagi tadi, Shahruddin sudah siap bergaya kononnya bakal YB, tapi dengan tebal muka keluar awal dari Pusat Pencalonan akibat kejahilan `bakal YB' tersebut.

Ini merupakan satu pengajaran buat mereka yang cuba untuk khianat kepada perjuangan rakyat. Contoh telah banyak kita lihat. Kita lihat apa sudah jadi pada raja sesumpah Ezam, ke mana akhirnya? Sebelum itu, ke mana Roslan Kassim dan Zahid Md Arip? Kemudian apa yang terjadi kepada `Minah Ronggeng' Kak Min? Semua mereka dihina dan terhina. Siapa mereka yang belot kepada perjuangan rakyat yang dimuliakan?

Kini, persaingan di Bagan Pinang hanya menyaksikan dua calon sahaja. Seorang calon adalah yang tiada rekod buruk, jauh dari skandal rasuah dan beriman iaitu dari parti PAS mewakili PR. Seorang lagi adalah seorang calon yang pernah dibuktikan terlibat di dalam rasuah politik wang iaitu calon dari Umno mewakili Bn. Terpulanglah kepada pengundi-pengundi di Bagan Pinang samada mahu yang bersih atau yang menjijikkan. PR cuma mampu menawarkan calon terbaik dan terbukti bersih. Umno hanya mampu menawarkan calon yang pernah terlibat di dalam rasuah.

No comments:

Post a Comment