Saturday, October 10, 2009

DEBAT (Pandangan peribadi)

Ini pandangan peribadi.
Bukan organisasi.


PAS tidak perlu jemput UMNO berdebat. Tidak perlulah mengajak mereka ini debat,diskusi dll terutama semasa pilihanraya. Tidak mendatangkan hasil. Mereka tidak akan layan kerana mereka amat tahu dan mereka tidak mahu dimalukan terutama dihadapan para pengundi. Kita tahu, UMNO akan terus menerus menggunakan saluran TV dan akhbar tanpa memberi peluang walau sedikit untuk PAS menjawab balik segala tuduhan.

Aku buka pakar IT, bukan pakar dalam bidang penyiaran. Tapi ada terfikir, dizaman teknologi serba canggih ni, tak ada ke mana-mana pakar dalam PAS/PR buat satu ... how to say!


Mmmm ....
Aku tiada pengalaman dan tak pernah buat benda ni. Cumanya ada terpikir. Kalau dah dibuat OKlah.
Pilihan satu (Tradisional)
Katalah. Malam tadi Muhyidin ceramah. Tak patut rasanya kalau pihak PAS/PR tak buat rakaman. Pita rakaman tu simpan. Malam esoknya PAS/PR ceramah. Tempat sama atau kawasan yang dekat-dekat. Lepas Muhyidin ceramah tu bagi flyers sebanyak mungkin pada audiens. "TEMPAT DAN MASA SAMA. PENJELASAN KEPADA FITNAH MUHYIDIN" lebih kurangnya macam tu lah bunyinye. Sah-sah mereka nak dengar. Pita rakaman yang Muhyidin tu kalau ada keperluan pasangla baru real skit. Audiens pun akan .. wow. Jadi, kalau ikut logiknye audien sama akan datang. Tapi sebelum tu bagi nota ringka atas segala tuduhan Muhyidin tu. Penceramah PAS/PR jawabla dengan fakta ke analogi ke sinis ke ape ke. Yang penting keraguan dan rasa sangsi terjawab.

Pilihan dua (Canggih skit)

UMNO ceramah kampung sebelah, PAS/PR ceramah kampung sebelah. Tak boleh dekat sangat, nanti tak tahu mana satu nak dengar. Kena bagi UMNO ceramah dulu dalam sejam dua. Yang hebatnye, kat tempat ceramah PAS/PR ada satu dua screen besar tayangkan secara "live" ceramah UMNO. Audien mesti "excited" punye. Satu pembaharuan, satu kreativiti. Muhyidin cakap itu kita terus jawab. Semua ni perlu pada rakaman. Dah habis sesi "debat" antara kampung tu, malam esok bawak screen besar tu pegi kampung yang Muhyidin ceramah. Pasang - biar orang kampung tengok sendiri. Rasa saya, kalau betulla cadangan/pandangan saya ni belum dibuat memang ramai orang akan datang. Rakyat Malaysia ni kalau tengok benda-benda baru ni mesti tak lepas nak tengok.


Itu yang aku sempat fikir. Belanja mahal sikit kot. PRU 13 la. Baru bergaya skit.

No comments:

Post a Comment