Thursday, October 8, 2009

PAS Mahukan jawapan Polis, Pengundi Wajib Tolak Parti Samseng

Parti Islam Se-Malaysia mengutuk tindakan ganas Pemuda UMNO yang menyerang Markas Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Pusat dan menetk seorang petugas pemuda PAS di Bagan Pinang lewat malam tadi. Sebelum itu, beberapa Pemuda PAS turut diserang oleh ratusan UMNO di Taman Dato' Hj Abdul Samad petang semalam. Tindakan ganas Pemuda UMNO ini mencemarkan suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli parlimen, Abdul Samad Ghul, pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Hj Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda UMNO di Felda Lubuk Merbau himngga mengorbankan saudara Osman Talib kini belum ada jawapan dari pihak polis.

Polis sememangna mengetahui bahawa UMNO mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban.

Bukan saja ahli PAS, bahkan sesama UMNO juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemencheh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib olen Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bhagian Tampin membuktikan bahawa UMNO sanggup melakukan apa saja demi kuasa. Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hasan yang kini sudah menjadi Ketua POlis Negara.

PAS menuntut agar pihak polis mengambil serius perkara ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda UMNO. PAS mahu jawapan dan mendesak agar polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serngan yang telah dilaporkan ini dengan segera.

PAS juga mendesak agar rakyat Baagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN mempunyai rekod rasuah yang buruk dalam pemilihan UMNO. Kini beliau bertanding di Bagan Pinang dan keadaan menjadi lebih buruk lagi kerana samseng serta kaki pukul digunakan bagi membantu beliau berhadapan dengan calon PAS yang ternyata bersedia berkorban untuk rakyat.

Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemencheh berulang barulah polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

No comments:

Post a Comment