Salhan K Ahmad
Selepas dipertikaikan oleh pemimpin-pemimpin kanan Umno, PAS hari ini mendedahkan aduan polis oleh seorang penyokongnya yang mendakwa dipukul sekumpulan penyokong BN dalam insiden di markas Pemuda PAS di Bagan
Aduan tersebut, yang dikeluarkan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, menyebut empat petugas PAS dihalang semasa menaiki kereta dan dipukul oleh sekumpulan penyokong BN.
Kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 2.30 pagi, berdasarkan maklumat aduan polis yang dibuat Abu Said Elias, insiden itu bermula apabila markas berkenaan diserang oleh penyokong parti lawan.
Beliau menuju ke markas di Kampung Bagan
"Saya bersama tiga orang kawan saya iaitu Mohammad Azwan, Mohd Aafiffuddin dan Ahmad Izzuddin menuju ke lokasi disebutkan menggunakan kereta," kata Abu Said dalam aduannya.
Tambahnya, berdasarkan aduan tersebut yang dibuat kira-kira setengah jam selepas kejadian, keempat-empat mereka telah dihalang oleh sekumpulan penyokong BN sebelum sampai ke lokasi berkenaan.
"Dalam keadaan tidak terkawal, saya dan rakan-rakan telah dipukul oleh kumpulan tersebut dan menyebabkan beberapa bahagian badan kami semua sakit," kata Abu Said.
Mengulas aduan berkenaan, Salahuddin berkata kejadian berkenaan benar-benar berlaku dan menggesa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhenti mengeluarkan kenyataan yang dapat mempengaruhi siasatan polis.
"Selepas kejadian itu, terus kita buat laporan polis.
"Kita minta supaya pihak keselamatan mengambil tindakan sewajarnya."
Hishammuddin dilaporkan berkata beliau mengetahui pihak yang melakukan provokasi tersebut dan "mereka kemudian menuduh pihak lain (BN) dan juga polis, sedangkan kejadian yang berlaku disebabkan tindakan mereka (PAS) sendiri."
Jelas Salahuddin lagi, mangsa-mangsa berkenaan membuat sekurang-kurangnya
"Paling tidak, kita ada
Ditanya mengapa PAS tidak mendedahkan kesemua bukti berkenaan hari ini, Salahuddin berkata isu itu akan digunakan berterusan sepanjang tempoh kempen, yang hanya tinggal kira-kira 36 jam.
Beliau enggan mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa isu serangan oleh penyokong BN hanyalah propaganda PAS untuk meraih simpati dan menakut-nakutkan pengundi.
No comments:
Post a Comment