Dzulfikar mashoor
HarakahDailyTELOK KEMANG, 7 Okt: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak cadangan Pakatan Rakyat untuk mengadakan injunksi pilihanraya membuktikan bahawa badan pelaksana pilihanraya itu juga sedang mencipta alasan untuk menutup kelemahan mereka.
Naib Presiden PAS Salehuddin Ayub yang dihubungi petang tadi bertegas, isu pertindihan nama sejumlah tertentu anggota tentera dalam senarai daftar undi pos dan senarai daftar pemilih biasa bukan masalah teknikal, tetapi masalah pokok yang bertentangan dengan prinsip pilihanraya negara.
"Apa yang diputuskan SPR hanyalah alasan, walhal isu daftar pemilih tidak puteh adalah masalah pokok.
"Bagaimana Wan Ahmad (Timbalan Pengerusi SPR) boleh beri jamina..mahu tunggu dan lihat adakah akan berlaku undian berganda?
"Kalau benar berlaku pengundian berganda, adakah SPR akan melaksanakan pilihanraya semula?
"Itu (tindakan SPR) saya lihat suatu alasan yang langsung tidak rasional dan profesional," katanya.
Sambil melahirkan rasa kesal, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menegaskan bahawa desakan Pakatan tersebut bukanlah bersandarkan soal menang kalah pilihanraya antara kedua-dua parti semata-mata.
"Ini (kes pertindihan nama dalam dua senarai pemilih) bukan isu kalah menang PAS (atau) Umno. Ini kes prinsip...daftar pemilih wajib diputehkan sebelum pilihanraya. Sebab itu perlukan masa dan injunksi," katanya.
Dikatakan terdapat lebih 600 anggota tentera disenaraikan bertindih dalam buku daftar undi pos dan daftar pemilih biasa.>Salehuddin yang juga Pengarah Operasi Jentera Induk PAS N31 berkata, PAS serta Pakatan sedang membuat perhitungan terakhir; termasuk mendapatkan injunksi mahkamah.
Petang tadi, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak cadangan injunksi pilihanraya N31; kerana menganggapnya sebagai alasan remeh Pakatan Rakyat serta PAS sendiri.
Bagaimanapun, Wan Ahmad bersedia menyemak segala dakwaan Pakatan wujudnya sejumlah tentera mempunyai nama bertindih dalam senarai daftar undi pos dan daftar pemilih awam.
Menurut Wan Ahmad, SPR masih menunggu dan lihat segala bukti yang dikemukakan Pakatan secepat mungkin.
Pagi tadi, Salehuddin dalam kenyataan bersama pemimpin Pakatan Rakyat memberi kata dua sama ada SPR menangguhkan serta merta pilihanraya N31 sehingga buku dartar pemilih benar-benar puteh; atau Pakatan proaktif mendapatkan injunksi mahkamah.
Dakwa Salehuddin lagi, tentera berupaya mengundi dua kali kerana mereka masing-masing mempunyai kad pengenalan tentera dan kad pengenalan awam; yang menjadi lesen masuk ke pusat pembungan undi.
Dalam perkembangan berkaitan, pemilik blog Mind No EVIL yang juga pesara tentera darat, Brigadier General (B) Mohamad Arshah Rajia mendedahkan bahawa Tentera bukan sahaja terlibat dalam politik kepartian; sebaliknya termasuk politik wang.
Beliau mendakwa Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak memberikan sejumlah RM300 kepada setiap tentera dan pemimpin Umno tempatan yang menyertai keraian di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDAR), baru-baru ini di sini; sebelum mengumumkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.
Jika benar dakwaan pengundian berganda serta usaha merasuah tentera oleh Umno BN, pilihanraya kecil ini bakal menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah pilihanraya demokrasi negara.
No comments:
Post a Comment