
Menurutnya kenyataan Abdul Shukor itu jelas membuktikan Umno melanggar perlembagaan yang termaktub bahawa kerajaan Persekutuan mesti menyalurkan pendapatannya kepada semua kerajaan negeri.Sehubungan itu beliau menyarankan supaya Umno mempelajari Perlembagaan
“Ini bererti Umno sekarang melanggar perlembagaan Persekutuan. Saya nasihatkan supaya pemimpin-pemimpin Umno sekarang yang jadi menteri displinkan mereka yang bertanggugjawab supaya tidak membuat kenyataan sebegitu," kata Khalid.
“Bila persekutuan Tanah Melayu dan
Perwakilan Umno Selangor Abdul Shukur Idrus dalam Persidangan Agung Umno ke-60 berkata sekatan ini perlu kerana kerajaan Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim meraih sokongan meluas dari program bantuan sosio-ekonomi yang dilaksanakan. Abdul Shukur menjelaskan kerajaan negeri mengagihkan RM1,000 berupa bantuan khairat kematian dan RM1,500 kepada warga tua - walhal Umno sekadar menyumbang RM300.
Beliau menambah agihan sosio-ekonomi seperti ini menjadi buah-bicara rakyat Selangor walhal peruntukan sebenarnya datang dari Kerajaan Pusat. Abdul Khalid berkata kenyataan Abdul Shukor membuktikan dia mahu melanggar lunas-lunas Perlembagaan dan sekiranya tiada tindakan diambil oleh kepimpinan Umno ia bererti parti berkenaan merestui ahlinya melakukan kesilapan.
Beliau menambah, sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, kerajaan Persekutuan menubuhkan Jabatan Pembangunan Negeri Selangor untuk mengawal pengaliran kewangan dan dana pembangunan ke negeri Selangor.
“Umpamanya dari segi dana-dana pembangunan, ia diurus jabatan pembangunan Negeri Selangor yang di kelola secara terus oleh Kerajaan Persekutuan. Dulunya sebelum Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor jabatan ini tidak ada, ia dibawah pejabah daerah," jelas Khalid.
“Dalam Pejabat Daerah ada
Menurutnya rakyat perlu tahu bahawa dengan wujudnya jabatan berkenaan segala kos pengurusan yang ada semakin meningkat kerana tidak dikendalikan dengan sebaiknya.
“Saya tidak menyekat pembangunan, saya menggalakkan pembangunan di Selangor tetapi jika pembangunan tidak dibuat dengan betul rakyat Selangor akan diberitahu bahawa kerajaan Persekutuan walaupun ada menyalurkan dana kepada rakyat selangor tetapi tidak menggunakan dana itu dengan sebaik-baiknya," kata Khalid.
“Ia meningkatkan lagi kos pengurusan yang tidak baik dan bertentangan dengan lunas-lunas perlembangaan yang mana kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri mesti bekerjasama dan jalankan pentadbiran demi pembangunan rakyat seluruh negeri,” katanya.
No comments:
Post a Comment