Friday, October 9, 2009

UBN Berat, Mat Isa Akan Disembelih Dalam Gelap

MSO

MALAM tadi saya menerima dua laporan dari Bagan Pinang, satu laporan dari bilik gerakan UBN dan satu laporan dari pemerhati bebas pro Pakatan. Kedua laporan ini agak menarik untuk diulas dan dianalisa bagi mendapat rumusan awal mengenai apa yang berlaku di Bagan Pinang ketika ini.


u1:p>Saya menganggap laporan dari bilik gerakan UBN itu ikhlas. Ini berlandaskan hubungan peribadi pelapor itu dengan saya. Dan memang nampak ada kebenaran laporan ataupun dapatan yang dibuatnya. Identiti pelapor ini barang kali tidak perlu didedahkan, dan cukup kalau dikatakan dia bekas pegawai tentera berpangkat Majer yang berpengalaman dalam menjalankan kerja-kerja risikan dan psywar.

Menurutnya, dia dihantar ke situ untuk memantau sikap dan juga undi tentera. Undi tentera penting bagi memastikan calon yang disokong UBN, Mohd Isa Samad menang. "Jangan tolong pangkah sudah lah" - MSO. Selain dari tugas itu dia juga diminta untuk memantau kempen pihak Pakatan Rakyat, mengintai apakan isu dan modal yang dibangkitkan oleh para penceramah dan tukang kempen Pakatan Rakyat.

Apa yang sangat diawasi ialah untuk mendengar apakah isu dan cakap-cakap buruk ke atas isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang menjadi wanita pujaanya demi projek peribadi.

“Alhamdulilah setakat ini belum ada isu-isu buruk mengenai Datin Seri, Pakatan nampaknya tidak bermain buruk kali ini,” begitulah jelasnya mengenai Rosmah dengan nada gembira dan sempat mengucapkan terima kasih kepada saya.

Baginya biarkan UBN kalah asalkan jangan ada cerita pelik mengenai Rosmah. Dia begitu gembira sekali bila orang pujaanya tidak dikutuk seperti selalunya di Bagan Pinang.

Tetapi menurut bekas askar pencen ini, ada perkembangan yang kurang menyenangkan dalam pemerhatiannya di mana ia memberi bayangan buruk kepada UBN. Katanya Pas hari ini dalam berkedudukan selesa dan sangat baik. Pas sudah sudah mempunyai kekuatan sendiri dan perlahan-lahan sudah mengatasi 'kejaguhan' UBN khasnya Umno.

Beberapa alasan beliau berikan, antaranya kerana produk Pas yang dihasilkan selama ini sudah membawa hasilnya. Beliau merujuk kepada anak-anak muda yang menjadi pelajar sekolah agama rakyat yang dihantar ke luar negeri. Menurutnya para pelajar ini sudah banyak pulang ke tanah air dan menjadi ustaz muda. Kebanyakan mereka menyertai PAs dan menjadi jurucakap Pas.

Tambahnya, tengoklah pada Ramdhan lalu kebanyakan surau dan masjid mengguna pakai khidmat ustaz dan pelajar tahfiz untuk jadi iman Terawih. Ini sudah menjadi trend. Siapakah mereka ini semua, mereka ialah pelajar yang dihantar oleh Pas, katanya. Tambahnya lagi hampir semua surau dan masjid di negeri dikuasi Pakatan telah mengadakan tazkirah semasa solat Terawih. Apakah yang diisi dalam tazkirah itu, ianya tidak lain dan tidak bukan mengenai politik Islam anjuran Pas.

Inilah kebijaksana dan pandangan jauh Pas dalam strateginya menyediakan pelapis untuk parti itu katanya. Sudah tentu pelajar agama yang tahu hukum hakam dan soal agama tidak akan sesekali menyokong UBN.

Selain Pas mempunyai aset itu katanya, Pas juga mendapat sokongan para pegawai kerajaan. Konsep 1 Malaysia yang dilaungkan Najib Razak tidak disenangi oleh sesetengah pegawai kerajaan. Dasar itu telah memakan diri orang Melayu. Gara-gara ini katanya pegawai kerajaan semakin membenci kerajan UBN. Konsep 1 Malaysia satu konsep yang silap dan mengeliurukan, katanya.

Manakala satu lagi golongan ulasnya, ialah para pegawai kerajaan yang sudah pencen. Mereka ini menyertai Pakatan Rakyat baik Pas maupun PKR. Jarang yang ingin bersama kerajaan. Pengalaman mereka dalam kerajaan selama lebih 30 tahun mendedahkan kepada mereka mengenai sikap rakus dan buruk kerajaan menjadikan mereka muak dengan parti memerintah, UBN.

Jadi kata perisik itu berdasarkan situasi itu Pas dalam keadaan selesa dan mendapat sokongan padu berbagai lapisan. Masa depan begitu cerah berbanding dengan Umno kerana sokongan ke atas semakin kuat. Justeru katanya bukan mudah untuk UBN mengekalkan kerusi Bagan Pinang. Beliau percaya UBN harus bermain kotor untuk mengekalkan kerusi itu kalau tidak UBN akan berputih mata.

Manakala laporan dari pelapor bebas pro PR lain pula bunyinya. Katanya selama dua malam dia meninjau ke tempat ceramah Pas sambutan dingin sekali. Yang hadir tidak begitu ghairah seperti dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu. Misalnya di satu ceramah Pas malam tadi dihadiri tidak sampai 50 orang. Keadaan ini membimbangkan, kata pelapor itu.

Mungkin laporan itu benar. Ada benarnya juga kalau pengundi Bagan Pinang tidak mengerumuni ke tempat ceramah Pakatan Rakyat. Harus difahami kebanyakan mereka mempunyai hubungan yang lama dengan Mohd Isa. Lagipun kebanyakan kenal dan rapat dengan Mohd Isa dan sudah berguni memakan budi Mohd Isa. Jadi ada yang malu alah untuk pergi ke tempat PR.

Walaupun ada sesetengahnya tidak senang dengan Mohd Isa dan bercadang untuk mengundi Pas, tetapi mereka mengambil sikap memprotes secara senyap. Mereka tidak mahu mennonjolkan diri. Inilah ada taktik pengundi yang cerdik kerana mereka tidak mahu bergaduh dengan Mohd Isa secara terang.

Saya lantas bertanya seseorang yang dikenali memainkan peranan untuk merebahkan Mohd Isa di Bagan Pinang. Dia ini dari kalangan UBN yang bermasalah dengan Isa. Katanya memang benar pengundi takut dan senagaja tidak mahu ke tempat Pas kerana mereka ada strategi sendiri.

Katanya pengundi Bagan Pinang yang dulunya merupakan penyokong kuat Isa akan tetap menolak Isa kali ini. Katanya mereka akan menyembelih Isa dalam gelap kerana tidak berani untuk menentang Isa dalam terang. Beliau begitu konfiden sekali kali ini Mohd Isa kecut perut dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.

No comments:

Post a Comment